Posted on

Tertib dakwah dan tabligh – Adab keluar dijalan Allah swt

tertib dakwah dan tabligh

Usul tertib dakwah dan tabligh | Adab keluar di jalan Allah swt.


28 usul tertib dakwah dan tabligh

Terdapat dua puluh lapan adab dan usul tertib dakwah dan tabligh sepertimana yang terdapat dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah yang di karang oleh Ustaz Muhammad Qosim At-Timori, Jahabersa, cetakan 2003. 

Di Malaysia, lazimnya disebut dua belas usul kerana di dalam muzakarah usul atau tertib ini, hanya memerhatikan dua belas usul pertama dan kelazimannya, 16 usul akan dimuzakarahkan atau di mesyuarat kan.

Adab dan usul ketika keluar di jalan Allah swt –

Tertib dakwah dan tabligh

1. Empat perkara yang harus diperbanyakkan;

  • Dakwah ilallah– Dakwah ijtima’i (berkumpulan), dakwah infradi (individu), dakwah umumi (awam) dan dakwah khususi (khusus).
  • Ta’lim wal ta’lum– Membaca kitab Ta’lim secara infradi, ta’lim ijtimai, halaqah tajwid, fadhilah amal dan muzakarah sifat-sifat sahabat.
  • Zikir & Ibadah

i) Zikir: Sentiasa mengingati ALLAH swt dengan membaca Subhanallah, wal hamdulillah, walaa ilaaha illallah, wallahu akbar; berselawat, ber-Istighfar dan Membaca / Tilawah Al-Quran.

ii) Ibadah: Ibadah fardhu (berusaha untuk mendapat **takbiratul ula), wajib (mengutamakan perkara yang wajib), Memperbanyakkan amal ibadah sunat (Solah sunat Rawatib, Solat sunat Dhuha, Solat sunat Ishraq, Solah sunat Tahajjud, Witir dll dan Mustahab / Mustajab.

  • Khidmat– Khidmat kepada diri sendiri, rombongan jemaah (ahli jemaah), Penduduk tempatan / kampung dan khidmat kepada Amir jemaah (ketua jemaah).

**Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

2. Empat perkara yang mesti dikurangkan;

  • Hendaklah mengurangkan masa / waktu ketika makan dan minum.
  • Kurangkan masa tidur dan rehat.
  • Elakkan percakapan yang sia-sia yang tiada kaitan dengan Iman dan Amal.
  • Sentiasa berada di kawasan surau atau masjid, Kurangkan masa di luar masjid.

3. Empat perkara yang mesti ditinggalkan; 

  • Ishraaf (perbuatan boros atau membazir).
  • Berharap (dalam hati) kepada makhluk.
  • Meminta kepada makhluk. *Hanya mengharap dan meminta kepada Allah swt.
  • Menggunakan barang orang lain tanpa izin.

4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;

  • Membahaskan perbezaan aqidah.
  • Khilafiah/ membeza-beza2 kan mazhab.
  • Ber-Politik, membuka / bercerita tentang aib masyarakat, pangkat serta meminta derma.
  • Berdebat (mujadalah).

5. Empat perkara yang harus dijaga; 

  • Mengutamakan amal Ijtima’i (berkumpulan) daripada amal Infradi (individu).
  • Menjaga kehormatan masjid.
  • Ketaatan kepada Amir jemaah (ketua jemaah).
  • Sabar dan tahamul (bersabar dan menahan diri dalam menghadapi ujian).

6. Empat perkara yang mesti dijauhkan;

  • Tankish (merendahkan).
  • Tankind (mengkritik).
  • Tardid (menafikan atau menolak sama sekali).
  • Taqobul (membanding-bandingkan).

7. Empat pilar (tiang/ dasar) agama;

  • Ahli dakwah (tabligh, daie, juru dakwah).
  • Tadris (para ulama, pengasuh/sekolah pondok/ madrasah, majlis ta’lim).
  • Kanka (mursyid, ahli tareqat) dan
  • Musanif (para pengarang kitab).

Related topicBayan fikir iman dan amalFadhilat keluar di jalan Allah swt.

Edited by:

Asrul M

Refertences:

i) BookThe Teachings of Islam (Faza’il-e-amal) Hardcover – January 1, 1993. by Maulana Muhammad Zakariyya (Author)

ii) BookTabligh Jamaah Movement: A Force of Dakwah (Proselytization) Paperback – December 31, 2015. by Mr Hakimi bin Abdul Jabar (Author)

iii) Website – Kamus dakwah dan tabligh

iv)  © Utusan Melayu (M) Bhd – Artikel – Takbiratul ula