Posted on

Surah al Kahfi dan fitnah Dajjal serta kaitannya

surah al kahfi dan fitnah dajjal
Surah al Kahfi dan fitnah Dajjal:-

Kaitan surah al Kahfi dan fitnah Dajjal

surah al kahfi dan fitnah dajjal
surah al kahfi dan fitnah dajjal

Dengan izin Allah SWT, Dajjal mampu memerintahkan langit untuk turunkan hujan serta menguji manusia dengan kemewahan.

Dikhabarkan bahawa: “Di antara tipu dayanya dia menyuruh langit supaya menurunkan hujan dan hujan pun turun. Dia memerintahkan bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya maka ia tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka tanam-tanaman dan ternakan mereka binasa dan tidak berhasil.

surah al kahfi dan fitnah dajjal
surah al kahfi dan fitnah dajjal

Dajjal akan datang ke tempat orang-orang yang beriman kepadanya dan mengaku dajjal sebagai Tuhan, maka hujan turun bercurah curah di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun membuahkan hasil.

3. Ilmu, Sains dan Teknologi.

Di antara tipu daya Dajjal, dia akan berkata kepada manusia: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?

Orang tersebut berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Di antara fitnah Dajjal juga ialah ia mampu membuat perkara yang luar biasa dalam ilmu sains dan teknologi. Dia bunuh dan membelah dua seseorang. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal لعنة الله عليه itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Sedangkan orang yang dia bunuh itu, adalah seorang yang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”  Hamba ini berjaya menghadapi fitnah tersebut.

4. Fitnah Kuasa Pemerintahan.

Dajjal menguasai sebahagian besar dunia di akhir zaman ini.

surah al kahfi dan fitnah dajjal
surah al kahfi dan fitnah dajjal

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menhentak kakinya  di  pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik seperti cacing kepanasan dan bertempiaran meninggalkan di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Maka Allah Taala telah memberikan pedoman dan tunjuk ajar kepada sekalian manusia bagaimana untuk selamat dan cara menghadapi Dajjal di akhir zaman dengan membawa contoh yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dalam menghadapi fitnah yang hampir sama dengan fitnah Dajjal. Ia ada disebutkan dalam Surah al Kahfi.

1. Menghadapi Fitnah Agama

Kisah pemuda yang melarikan diri bersembunyi di dalam gua untuk menjaga agama mereka dari raja yang memaksa rakyatnya untuk menyembahnya. Allah Taala telah menidurkan mereka selama 300 tahun 9 hari. Usai cerita ini, Allah Taala mengajarkan kepada kita bagaimana cara kita hendak menjaga fitnah agama ini, ayatnya:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا * وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّاأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقًا( 28-29.

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; janganlah engkau memalingkan pandangan mu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28) Dan katakanlah (wahai Muhammad):

"Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29)

Konklusinya ialah perlu mendampingi sahabat-sahabat soleh dan guru yang membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

2. Harta kekayaan

Kisah seorang hamba yang Allah Taala telah kurniakan kepadanya dua kebun yang amat subur kemudian dia kufur dengan nikmat tersebut dan mengingkari hari kebangkitan maka Allah Taala telah musnahkan kebun-kebun tersebut. Allah Taala telah ajarkan kepada kita bagaimana hendak selamat dari fitnah harta ini dengan firmanNya:

(وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا * الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌعِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا) آية 45 و46.
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45)

Harta benda dan anak-anak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (46)

3. Ilmu - Nabi Musa as berjumpa dengan Nabi Khidir as.

Nabi Musa AS dan orang soleh Khidir. Nabi Musa AS merasakan dia merupakan orang yang paling pandai di atas muka bumi ini. Lalu Allah Taala menegur Baginda AS bahawa masih ada di sana orang yang lebih pandai (dalam ilmu-ilmu tertentu) dari Baginda. Maka Nabi Musa AS pergi mencari Khidir untuk bertemu dan menuntut ilmu darinya. Tetapi Nabi Musa AS tidak mampu bersabar dengan apa yang dilakukan oleh Khidir AS kerana tidak dapat memahami hikmah dari apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS.

Allah Taala kemudiannya memberi kaedah apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi fitnah Ilmu ini dengan firmanNya:

(قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا) آية 69.
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insya Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

Kesimpulannya kepada penuntut Ilmu dan orang yang bergelar Ilmuan, jangan sesekali kita rasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan darjat yang telah kita perolehi sama ada gelaran Profesor, Doktor PhD dan sebagainya.

Hendaklah sentiasa tawadhuk dan merendah diri dengan ilmu yang Allah swt telah kurniakan. Insya Allah kita akan selamat dari fitnah besar akhir zaman ini.

4. Kisah Kuasa Pemerintahan -  Raja Zulkarnain

Raja Zul Qarnain, seorang pemimpin yang adil lagi bijaksana, dianugerahkan kepada Baginda kuasa memerintah dunia. Maka Baginda mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk mengajak manusia  menyembah Allah Taala dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Hinggalah Baginda sampai di suatu kampung yang sentiasa diselubungi dengan ketakutan serangan dan gangguan ganas Yaajuj dan Maajuj. Maka Baginda pun menolong penduduk kaum tersebut dengan membina tembok yang tinggi dan kuat untuk menghalang Yaajuj dan Maajuj keluar dari penempatan mereka seterusnya membuat kerosakan dan keganasan di atas muka bumi.

Kemudiannya Allah datangkan penyelesaian dan kaedah bagaimana hendak menghadapi fitnah kuasa pemerintahan ini. Islam tidak melarang manusia daripada memegang tampuk pemerintahan tetapi Allah meletakkan syarat apabila diamanahkan untuk menunaikan tanggung jawab tersebut iaitu ayat 103 dan 104 dari Surah al Kahfi:

(قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا) آية 103و104.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(103)

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (104)

Untuk selamat daripada fitnah kuasa pemerintahan hendaklah hati sentiasa Ikhlas kerana Allah Taala dalam beramal dan sentiasa mengingati hari pembalasan kelak dalam apa jua tindakan.

Akhir surah al Kahfi

Surah al Kahfi diakhiri dengan memberi peringatan kepada manusia bagaimana hendak selamat dari semua fitnah yang telah disebutkan sebelumnya iaitu dengan mengingati hari Akhirat.

(قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَاإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ) آية 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (110)

Hendaklah kita istiqamah melakukan amalan soleh, ikhlas kerana Allah Taala dan memastikan ia menepati sunnah dan panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW tanpa membuat dan mereka-reka ibadah-ibadah baru yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sama-samalah kita melazimi membaca surah al Kahfi dengan paling kurang sekali seminggu, semoga Allah swt menyelamatkan kita dari fitnah akhir zaman dan Dajjal لعنة الله عليه.

Surah al Kahfi dan fitnah Dajjal serta kaitannya :-

Insya Allah, semoga Allah swt memberi kita taufik dan hidayat untuk kita amal dan sampaikan.

Daripada:
Baba Umeir,

Makkah al Mukarramah,

Disunting oleh:
Asrulm