Posted on

Peperangan dalam Islam

peperangan dalam islam

Peperangan dalam Islam: –

Rahsia kekuatan dan kemenangan umat islam hanyalah dalam iman dan amal, hanya dengan bantuan Allah swt,

Peperangan Dalam Islam | Rahsia Kekuatan dan Kemenangan umat hanyalah dengan Iman dan Amal

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk” – Surah ali ‘Imran:103

 

Kemenangan Tentera Islam – (Peperangan dalam Islam)

Sejarah telah menyaksikan bagaimana 40’000 orang tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibnu Walid telah berjaya menghancurkan 240’000 tentera Rom di Syria di dalam Peperangan Yarmouk yang terkenal. Walaupun kerajaan Rom mendatangkan bala tentera yang berlipat ganda lebih ramai dan peralatan senjata yang jauh lebih lengkap, namun tentera Islam di dalam keadaan yang paling sederhana masih berupaya menumpaskan tentera musuh.

Ini adalah salah satu dari deretan peperangan yang pernah dilalui oleh umat Islam, dan telah menakjubkan pakar-pakar ketenteraan bukan Islam. Mereka kagum apabila melihat bagaimana umat Islam masih mampu mencapai kemenangan yang gemilang sedangkan bilangan tentera, kelengkapan senjata dan kekuatan musuh jauh lebih baik dari apa yang dipunyai oleh tentera Islam. Di manakah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan ummat Islam?

Kekuatan mereka terbina tidak lain adalah dari sebab kekuatan iman yang ada di dada-dada mereka di mana mereka bersedia mematuhi apa sahaja yang diajarkan oleh Allah Taala dan RasulNya. Mereka hanya mengabdikan diri kepada Allah di mana mereka penuh yakin bahawa kekuatan yang sebenar itu adalah pada Allah Taala. Mereka menggantungkan sepenuh harapan kepada bantuan dan pertolongan Allah kerana kepadaNyalah, mereka menyerahkan jiwa raga dan segala urusan mereka. Di samping itu umat Islam tidak pernah lupa bagi melaksanakan perintah Allah Taala bagi membina kekuatan zahiriah seperti peralatan senjata dan pasukan berkuda yang tangkas. Firman Allah Taala :

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)” – Surah al Anfal:60

Di zaman Pemerintahan Saidina Umar, pemimpin tentera Islam, Saad bin Abi Waqqas telah menghantar satu perutusan yang diketuai oleh Rib‘ie bin Amir untuk menemui Rustam yang menjadi panglima tentera Parsi. Cerita kehebatan Rib’ie bin Amir ra semasa berhadapan dengan panglima tentera Parsi bernama Rustum. Dia datang berjumpa dengan panglima tersebut semata-mata untuk sampaikan DAKWAH.
Rustum seorang panglima tentera yang mewah, balai mengadapnya saja dihias cantik dengan bantal-bantal yang ditatah dengan emas, hamparan pula dengan sutera yang mahal juga yaqut yang berkilau-kilauan. Mahkota Rustum pula dibuat dengan emas dan permata.

Masa Rib’ie bin Amir ra masuk berjumpa dengan Rustum, Rustum sedang duduk di atas katil yang dibuat dengan emas, keadaan Rib’ie pula sangat jauh berbeza. Oh ye ! Rib’ie bin Amir ra masa tu masuk dengan pakaian yang lusuh, dia bawa sebilah pedang dan perisai. Dia menungang kudanya yang kecil hingga ke hamparan permaidani di balai mengadap, kemudian barulah turun dan menambat kudanya.

Kata KN Rib’ie bin Amir memang tak takut langsung, dia berjalan menghampiri Rustum dengan senjata di tangan, berbaju besi dan topi besi di atas kepala. Cepat-cepat pembesar-pembesar Rustum mengarah ; ”Letakkanlah senjata kamu”

Jawab Rib’ie ; “Sesungguhnya bukan aku yang ingin datang menemui kamu, tetapi kamu sendirilah yang memanggil aku menemui kamu. Sekiranya kamu membiarkan aku dalam keadaan begini aku akan menunggu, jika tidak aku akan kembali sahaja.”

Kerana jawapan tersebut maka Rustum pun perintahkan pegawai-pegawainya agar memberi keizinan kepada Rib’ie.

Selepas daripada itu mereka pun bertanyakan maksud kehadiran sahabat-sahabat Nabi S.A.W ke wilayah Parsi. Dengan semangatnya Rib’ie menjawab :

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا الى سعتها،ومن جور الاديان الى عدل الاسلام.
“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta’ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Kata Rib’ie sambung lagi kata-katanya ; “Allah telah menghantar kami dengan agamaNya kepada sekalian makhluk untuk menyeru mereka kepadaNya. Sesiapa yang menerima agama ini, maka kami akan menerima keislamannya lalu kami akan kembali ke tempat asal kami dan sesiapa yang ingkar kami akan memeranginya untuk selama-lamanya sehingga Allah menunaikan janjiNya untuk kami.”
Pembesar-pembesar Parsi pun bertanya lagi ; “Apakah yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu?”
Jawab Rib’ie ; “Syurga bagi sesiapa yang mati memerangi sesiapa yang ingkar dan kemenangan bagi yang hidup.”

Rustum sebenarnya dah takut, dia pun meminta tempoh daripada Rib’ie untuk berbicang dengan pembesar-pembesarnya, sama ada nak terima Islam atau berperang. Rib’ie bin Amir hanya beri tempoh 3 hari kepadanya kerana katanya itulah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

sebelum Rib’ie berangkat kembali ke perkhemahan tentera Islam, Rustum sempat bertanya adakah dia ketua angkatan tentera Islam.

“Tidak! Tetapi kami orang-orang Islam seumpama satu jasad, orang yang di atas akan melindungi orang yang di bawah,” jawab Rib’ie ra.

Di atas kekuatan aqidah inilah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan tentera Islam di dalam menyampaikan risalah agama mereka ke serata dunia. Apabila Saidina Umar mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas,

“Wahai Saad! Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu kekuatan zahiriyyah yang menentukan kemenangan. Hendaklah kamu yakin bahawa kemenangan ini terletak di atas pertolongan Allah”.

Inilah rahsia kekuatan tentera-tentera Islam, termasuk tentera pimpinan Khalid ibnu Walid yang menggerakkan hanya 40,000 tentera-nya yang bertaqwa dan menumpaskan 240,000 tentera Rom yang tidak bermoral. Apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan Rom yang berlipat ganda besarnya sehingga menumbangkan Kerajaan Rom Timur yang berpusat di Syria, Maharaja Rom menghantar perisik untuk mengintip rahsia kekuatan umat Islam. Apabila perisik-perisik itu kembali, mereka menerangkan sifat-sifat tentera Islam, “Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Tuhan, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini. Keadilan adalah syiar mereka, jikalau anak raja mereka mencuri nescaya dipotong tangannya”.

Setelah Maharaja Rom mendengar laporan itu, dengan penuh terharu beliau berkata,
“Selamat sejahteralah wahai bumi Syria! Selamat sejahteralah negeri yang tiada harapan untuk kami berkuasa lagi”.

Sesungguhnya generasi yang membina kekuatan iman yang membawa kemenangan Islam adalah mereka yang berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka tidak mahu menerima sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Mereka hanya menghayati fahaman dan sistem hidup Islam di dalam seluruh bentuk kehidupan mereka.
Di atas kekuatan dasar inilah umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setelah mereka berjaya menghancur leburkan Empayar Rom dan Parsi. Kemaraan umat Islam bagi menyebarkan risalah Ilahi adalah dengan membawa iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Inilah punca yang menyebabkan umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana kuasa dunia di sepanjang zaman kegemilangan-nya.

Kerajaan Bani Ummaiyyah – (Peperangan dalam Islam)

Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.

Apabila kita melihat sahaja carta sejarah perang terfikir sejenak……. bagaimana kekuatan tentera Islam yang terlalu sedikit dapat menewaskan tentera-tentera Musrikin ? Apakah kekuatan sebenar? Adakah ianya bantuan daripada Allah swt? @ kekuatan tentera yang begitu mahir bermain pedang dengan hanya berlatih tidak sampai 2 minggu..? @ berapa lamakah latihan untuk menjadikan seseorang itu pakar pedang & senjata? Bagaimana strategi perang berkesan dlam melumpuhkan pergerakan musuh? Adakah Jin Kafir & syaitan laknatullah membantu perjuangan Musrikin & penentang Islam yang lain?

Persoalan begini sentiasa wujud di hati manusia dengan memikirkan hukum Akal & bukannya kesan daripada penyelongkaran setiap rahsia Allah swt.

Apakah kekuatan Roh sebenar Pejuang-pejuang Islam terdahulu berbanding sekarang?

  • Apakah zikir kekuatan perperangan?
  • Amalan harian pejuang Islam?
  • Bagaimana bantuan Allah kpd Pejuang Islam? Bantuan Malaikat? Bantuan Jin-jin Islam? Bantuan Pergerakan & kemahiran berperang?

Semua ini adalah rahsia Allah swt. Allah sentiasa membantu dalam perjuangan Islam. Kajian Sejarah mendalam adalah perlu supaya akan menjadi kekuatan kita dimasa hadapan, Insyaallah. yakinlah Allah Segalanya, Pengmakbul Permintaan & Doa. Rapatkan diri kepada Allah insyaallah segala ilmu akan datang sendirinya dengan keberkatanNYA. Keredhoan Allah dicari supaya hidup sentiasa dibawah RahmatNYA.

 

< Baca Seterusnya > Kisah Tabiin > Uwais Al Qarni | Dia tidak dikenali oleh penduduk bumi, tetapi terkenal pada penduduk langit.