Posted on

Pandai besi – Jenis besi biasa digunakan untuk pisau

pandai besi - pisau dan sarung kayu

Pandai Besi – Besi pisau

Pandai besi – Jenis besi yang biasa digunakan untuk pisau melapah atau menyembelih

pandai besi - pisau dan sarung

Secara amnya bilah parang diperbuat daripada Carbon steel. Penambahan unsur Carbon meninggikan lagi kekuatan dan kekerasan besi. Bagaimana pun ianya mengurangkan keliatan besi. Maka keseimbangan di antara kekuatan, kekerasan dan keliatan bergantung kepada penggunaan produk.

Hari ini bilah kebanyakkan diperbuat dari besi spring kenderaan terpakai. Ini lebih menjimatkan dari menggunakan besi dari kilang. Berdasarkan klasifikasi American Iron and Steet Institute (AISI), carbon steel 5160 digunakan untuk membuat spring kenderaan (kebiasaannya). “60” merujuk kepada unsur carbon sekitar 0.60%. 5160 mengandungi unsur chromium yang menambah kekuatan dan mengurangkan kadar kekaratan. Namun begitu kekuatan, kekerasan dan keliatan besi bergantung kepada bagaimana proses terakhir “hardening” dan “tempering” dibuat. Maka, disarankan membeli bilah dari tukang yang memahami kesan komposisi unsur dan proses rawatan haba.

pandai besi- spring coilBoleh dikatakan, besi spring kereta sudah cukup untuk membuat bilah parang yang baik dan tajam. Ianya cukup kuat dan cukup liat untuk melaksanakan kerja-kerja lasak. Ianya cukup tajam jika di asah dengan baik. Pastikan batu asah atau rod besi sentiasa dibawa bersama. Oleh kerana kerja-kerja lasak seperti membelah, memangkas akan menumpulkan mata parang serba sedikit, maka tak perlulah diasah terlalu lama. Yang pentingnya sentiasa diasah (honing).

Soalan: Ada tak besi yang susah tumpul?

Jawapan: Ada, tapi kalau ianya menjadi tumpul tidak boleh diasah lagi pakai tangan kerana terlalu keras (tidak praktikal untuk kegunaan harian).

Selain dari besi spring, terdapat juga tukang besi yang menggunakan besi ball-bearing (High Speed Steel) atau pun clip rel keretapi. Besi-besi ini mengandungi kandungan carbon yang lebih tinggi yang menghasilkan mata parang yang tahan tumpul dan sesuai untuk dijadikan parang sembelih yang boleh menyembelih beberapa ekor lembu sekali gus. Tapi ianya memerlukan masa asahan yang lama kerana terlalu keras dan tidak sesuai untuk parang atau golok untuk melaksanakan kerja lasak kerana keliatan yang rendah dan mudah patah.

pandai besi - bilahparang

pandai besi pisau 1

pandai besi pisau sembelih

 

Rujukan:

Pisau Canggih

Edited by:

Asrulm

 

One thought on “Pandai besi – Jenis besi biasa digunakan untuk pisau

  1. […] of knife styles, but usually bigger blades that need more toughness. It is essentially a simple spring steel with chromium added for hardenability. It has good wear resistance, but is known especially for its […]

Comments are closed.