Posted on

Majlis taklim – Makna, Kelebihan dan tujuannya

majlis taklim - fadilat amal

Majlis taklim – Makna, Kelebihan dan tujuannya

Majlis Taklim – Fadilat Amal, Muntakab hadis dan Fadilat sedekah

majlis taklim - kitab kitab taklim

Taklim, secara bahasa berarti pengajaran , secara istilah pula bererti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan dan keterampilan.

Majlis taklim adalah menyampaikan ilmu agama melalui hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W dimana bertujuan untuk menghidupkan kembali roh2 kita agar sentiasa mengingati Allah dan patuh/taat kepadaNya.

?Kelebihan :

?Rumah yang didalamnya terdapat majlis taklim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulallah saw, maka akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.

?Rumah yang diadakan majlis taklim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat. diturunkan taufiq, hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan, ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan taklim akan membawa cahaya dan kesannya ialah kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan damai dan sejahtera.

?Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta’alim di rumah kita:

?Suami isteri dan keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya majlis taklim ini.

? Tentukan waktu untuk taklim. Waktu yang terbaik untuk taklim adalah jika semua ahli keluarga sedang berkumpul.

?Melaksanakan taklim di tempat yang tetap dan masa yang tetap dengan istiqamah.

?Bawa adab-ada majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat, berwudhuk dan sebagainya.

?Kitab yang dipergunakan adalah kitab i)Fadilat Amal, ii)Muntakhab Ahadis dan iii) Fadilat Sedekah

?Waktu untuk ta’alim dirumah paling terbaik sekurang-kurangnya 30minit.. Bagi orang baru memadai baca 1hadith setiap bab dan hari demi hari ada peningkatan..

?Tujuan diadakan Majlis Taklim:

?Tujuan kita mengadakan Majlis Taklim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt, mengetahui janji-janji Allah swt dan mendapat keredhaanNya.

?Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.

?Apabila kita sering duduk di dalam majlis taklim Fadilat Amal. maka kita akan rasa ghairah untuk mengamalkan agama.

?Majlis ta’alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha Luas.

?Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.

?Supaya kita dapat memiliki fikir dan risau agama dan sepasang suami isteri akan memiliki fikir dan risau yang sama.

?Untuk mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah-sunnah Rasulullah saw serta alam akhirat.

?Menghubungkan ilmu dengan amal.

?Untuk memasukkan Nur kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.

?Keutamaan Majlis Ta’alim

Mahfum hadis Nabi saw: Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya.” ( hadith riwayat Muslim, Abu Daud)

?majlis ampunan dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang hanya kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt, orang itu tetap akan diampuni seperti yang lain.

?mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa.

?Sebuah majlis taklim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak mengingati/menyebut nama Allah swt di dalamnya.

? Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta’alim seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit.

?Sesaat saja duduk di majlis taklim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang pesakit.

?Majlis ta’alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan.

?Mahfum hadith Nabi SAW majlis ini merupakan kebun-kebun syurga.

?Majlis taklim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw.

?Allah swt akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:

1- Masjidil Haram

2- Makam Rasulallah saw

3- Pada bulan Ramadhan

4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

?Jika kita senantiasa menghadiri majlis taklim, maka kita akan mendapat perbaiki 5 aspek agama dalam kehidupan kita iaitu:

1- Imaniyah

2- Ubudiyah

3- Muammalah

4- Muasyarah

5- Akhlak

Selesai saja hadis2 dibaca. Teruskan dengan menyebut tentang 6 sifat para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika kita ikuti , Insyaallah akan bawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Jika kita dapat membentuk majlis taklim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulullah saw dan para sahabat di dalam rumah kita.

Insyaallah, sebagaimana Allah swt mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita. Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.

Rumah yang didalamnya diadakan majlis taklim, maka rahmat dan keberkatan akan datang, sakinah (ketenangan), serta ketenteraman akan terwujud. Amiinn

Nota kaki :

?jangan lupa habis taklim doa penutup majlis tasbih kafarah.

?setiap hadis  diulang baca 3x

?istiqamah dalam masa 40hari insha Allah, kita akan rasai perubahan dalam keluarga dan kehidupan..

? istiqamah 1 tempat 1 masa, contoh setiap hari pukul 9pm di tempat yang sama.

? sifat2 sahabat.


Bayan Subuh Maulana Saad 1 Muharram 1439 Hijrah

Hari ini setiap org di dunia ini mempunyai usaha nya masing-masing samaada usaha tersebut merupakan usaha agama atau usaha berbentuk duniawi.

Dan setiap orang meyakini bahawa melalui usaha yang dia lakukan pasti akan membuahkan kejayaan.

Namun demikian hakikat sebenarnya bahawa tidak semua yang berusaha itu pasti akan menghasilkan kejayaan.

Kerana kejayaan yang sebenarnya hanyalah apabila usaha tersebut menepati sunnah Rasulullah saw.

Terdapat perbezaan antara masyaqqah dan mujahadah. Masyaqqah (susah payah) ialah sesuatu pengorbanan yang dilakukan tanpa mengikuti sunnah Nabi saw. Di dalam masyaqqah tiada janji pertolongan dari Allah swt. Sedangkan mujahadah merupakan pengorbanan di jalan Allah swt yang menepati sunnah Rasulullah saw dan didalamnya ada nusratullah (pertolongan Allah).

Dalilnya ialah pada zaman Saidina Umar ra terdapat seorang rahib yang begitu hebat korbannya atas agama. Melihat keadaannya Hazrat Umar r. anhu menangis seraya membaca ayat ini dari surah Al Ghoshiyah:

“A’milatun Nasibah Tasla Naaran Hamiyah”.

Ertinya: Di dunia mereka berpenat lelah namun demikian di akhirat nanti mereka akan direndam di dalam neraka yang panas membara.

Di dalam Al-Quran dan hadis ada di sebutkan akan tanda-tanda iman dan nifak.

Kedua sifat ini (iman dan nifak) disebut oleh Allah swt untuk di ambil pengajaran oleh hamba-hambanya yang beriman.

Iman adalah kesihatan dan nifak adalah penyakit. Al Quran menyebut bahawa di hati orang munafik itu ada penyakit. Tanda roh kita sehat adalah kita yakin kepada janji Allah swt sementara tanda roh kita sakit adalah apabila kita merasa ragu terhadap janji-janji Allah swt.

Dan biasanya Allah swt akan menaburkan janjinya di saat orang mukmin sedang menghadapi ujian yang berat dari Allah swt.

Contohnya dalam peperangan khandak umat Islam sedang menghadapi ujian yang besar, dengan bilangan musuh yg dihadapi oleh mereka, di samping itu mereka sedang menghadapi kebuluran.

Di kala itulah Nabi saw menyampaikan berita gembira tentang kejatuhan empayar romawi dan persia bahkan kerajaan Arab di tangan umat Islam.

Orang-orang munafik mempersendakan janji Nabi saw tersebut dengan mengatakan: Nak makan saja pun kita tak mampu bagaimana kita akan mampu menakluki kerajaan Kaisar dan Kisra.

Sementara orang beriman keimanan mereka semakin bertambah dengan berita gembira tersebut.


References:

The Teachings of Islam (Faza’il-e-amal) by Maulana Muhammad Zakariyya (1993-01-01) Hardcover – 1712 by Maulana Muhammad Zakariyya (Author)


Author: Mohd Izhar Ali

Edited by: Asrulm