Posted on

Fadilat Sedekah dan kelebihan infaq

fadilat sedekah | iman dan amal

Fadilat Sedekah dan Kelebihan Infaq

Iman dan Amal

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Fadilat Sedekah


Kelebihan menginfaqkan harta di jalan ALLAH swt.

Ayat-ayat al Quran | Fadilat Sedekah

Ayat 1:- Fadilat Sedekah

الم – 2:1ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ – 2:2الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ – 2:3وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ – 2:4أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ – 2:5

Alif lam mim, Ia (kitab Al quran) pula menjadi pentunjuk bagi orang2 yang bertaqwa (takut kpd ALLAH swt). Iaitu orang2 yang beriman kepada perkara2 yang ghaib, dan mendirikan solah serta menginfaqkan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka. Dan juga orang2 yang beriman kepada kitab al Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab2 yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang2 yang berjaya. (al Baqarah: 1-5)

Keterangan

3 perkara patut direnungkan dari ayat diatas:-

Pertama,

Ia (kitab Al quran) pula menjadi pentunjuk bagi orang2 yang bertaqwa (takut kpd ALLAH swt). membawa maksud, orang yang tidak takut kepada Allah, orang yang tidak mengenali Allah sebagai Allah, jahil tentang Allah swt Tuhan yang telah menciptakannya tidak munkin nampak jalan yang ditunjukkan oleh al Quran. orang yang boleh nampak jalan ialah orang yang ada kemampuan untuk melihat. Sesiapa yang tidak mempunyai mata iaitu anggota untuk melihat maka apakah yang dia akan nampak?! Demikianlah orang yang tidak mempunya perasaan takut kepada Allah swt maka bagaimana mungkin dia akan menghiraukan perintah2 Allah swt?!

Kedua,

‘dan mendirikan solah’ – maksudnya ialah mengambil berat dan bersungguh2 menunaikan solah dengan memberati segala adab dan syarat2nya yang telah diterangkan secara terperinci dalam kitab fadilat solah. Iaitu melakukan rukuk dan sujud sebaik2nya, bersungguh2 menumpukan perhatian kepada Allah swt dan menunaikan solah dengan khusyuk dan khuduk. Dan juga memelihara waktu2 solah dan mengambil wuduk dengan sempurna serta melakukan rukuk dan sujud dengan sebaik2nya.

Ketiga,

‘dan merekalah orang2 yang berjaya.’ Mendapat kejayaan ialah satu perkara yang hebat. perkataam ‘al falah’ (berjaya) yang ada dimana2 pun (dalam al Quran) merangkumi makna kebaikan dan kejayaan dunia dan agama. Yang dimaksudkan dengan kejayaan dunia ialah mendapat segala kebaikan2 kehidupan di dunia dan bertambah lagi menjadi lebih baik. Seperti umur yang panjang, kekayaan dan kemulian. sementara kejayaan di akhirat pula ada 4 perkara iaitu, 1. Baqa – keadaan yang kekal tiada kesudahan. 2. Kaya yang tidak mungkin ada kemiskinan walau bayangannya sekali pun. 3. Kemuliaan yang tidak mungkin ada sebarang bentuk kehinaan. 4. Ilmu pengetahuan yang tidak mungkin bercampur kejahilan. Apabila ‘berjaya’ disebut secara mutlak (di dlm al Quran) maka ia merangkumi kejayaan dunia dan agama.

 

Ayat 2:- Fadilat Sedekah

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ – 2:177

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka2 kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah seseorang yang beriman kepada Allah swt, hari akhirat, segala malaikat, segala kitab, dan sekalian nabi; dan dia menginfaqkan hartanya kerana cintanya kepada Allah swt, – kepada kaum kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, orang2 yang terlantar dalam perjalanan, kepada orang2 yang meminta dan untuk memerdekakan hamba2 abdi, dan dia mendirikan solah serta mengeluarkan zakat…” (al Baqarah: 177)

Keterangan

Hadrat Qatadah rah. berkata bahawa orang2 Yahudi bersembahyang menghadap ke arah barat sementara orang2 Nasrani pula bersembahyang menghadap ke arah timur, atas keadaan itulah ayat ini telah diturunkan. Apabila mereka mempersoalkan tentang perubahan kiblat (dari Baitul Maqdis ke Baitullah) maka Allah swt telah menurunkan ayat ini yang menerangkan bahawa kebajikan itu adalah dalam ketaatan kepada Allah swt. tanpa sifat taat, menghadapkan muka ke arah timur dan barat tidak memberi apa2 erti ‘Mendermanya seseorang akan hartanya kerana cintanya kepada Allah swt’  membawa maksud bahawa seseorang itu menginfaqkan hartanya kepada perkara2 tersebut kerana cintanya kepada Allah swt dan untuk mendapatkan keredaan Allah swt, bukannya kerana nama, kemasyuran, dan kemuliaan peribadi. Jika harta diinfaqkan dengan niat buruk yang sedemikian itu maka ia menepati ‘pahala binasa dosa yang dapat’. Harta telah habis diinfaqkan namun bukan pahala yang dapat daripada Allah swt sebaliknya dosa.

Syirik kecil

Baginda rasulullah saw telah bersabda bahawa Allah swt tidak memandang rupa paras kamu dan tidak juga harta kamu (banyak mana yang telah diinfaqkan) sebaliknya Dia memerhatikan amalan dan hati kamu (yakni apakah niat dan tujuan kamu dalam menginfaqkan harta kamu). Dalam sebuah hadis lagi Nabi saw telah bersabda, “perkara yang aku sangat bimbangkan terhadap kamu ialah syirik kecil.” Ada sahabat bertanya, “Apakah itu syirik kecil ya Rasulullah?” Baginda rasulullah saw menjawab, “Melakukan amal untuk menunjuk2.”

Waktu sedekah yang terbaik

Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sedekah yang terbaik ialah kamu menginfaqkan harta sewaktu kamu masih sihat, masih ada harapan akan hidup lebih lama lagi di dunia. Jangan berlaku keadaan yang kamu selalu menangguh2 untuk bersedekah sehingga nyawa sudah hampir melayang dan maut sudah hampir tiba barulah kamu berkata, sekian banyak harta berikanlah kepada si Polan, sekian banyak diberikan kepada tempat sekian sedangkan harta itu telah menjadi hak orang lain.”

Hak waris

Selama masih ada hajat dan keperluan tidak pula mendapat taufiq untuk menginfaqkan harta di jalan Allah swt sedangkan apabila harta itu akan berpindah menjadi milik para waris barulah kamu bersemangat untuk menginfaqkan di jalan Allah swt. Oleh sebab itulah, syariat kita yang suci telah menetapkan hukum bahawa sedekah sewaktu hampir mati hahya akan terlaksana untuk 1/3 sahaja daripada jumlah keseluruhan harta. Jika ada sesiapa berwasiat untuk menyedekahkan seluruh hartanya pada waktu demikian lalu dia mati, maka tanpa keizinan daripada waris, wasiatnya itu tidak akan terlaksana untuk bahagian harta yang lebih daripada 1/3.

Zakat dan infaq

Dalam ayat ini terdapat kenyataan bahawa harta hendaklah diinfaqkan kepada anak2 yatim, orang2 miskin dan lain2. Kenyataan ini telah disebut secara khusus dan kemudian zakat telah disebutkan secara berasingan. Daripada keadaan ini dapat kita ketahui bahawa infaq2 untuk anak2 yatim dan orang2 miskin itu hendaklah dilakukan daripada harta lain selain daripada zakat. Keterangan lanjut perkara ini akan datang pada hadis nombor satu nanti.

 


 

 

 

Hadis hadis Nabi saw | Fadilat Sedekah

Hadis 1:- Fadilat Sedekah

 قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا يَسُرُّنِي أَنْ لَا يَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثٌ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْءٌ أُرْصِدُهُ لِدَيْنٍ

Abu Hurairah ra. berkata; Rasulullah saw bersabda: “Seandainya aku memiliki emas sebesar bukit Uhud yang membuat aku senang tentu tidak akan bersamaku melebihi tiga hari dan bagiku tidak akan ada yang tersisa kecuali satu saja yang aku siapkan untuk membayar hutang”. (Misykat: Bukhari)

Keterangan

Gunung Uhud ialah gunung yang masyhur di Madinah yang merupakan sebuah gunung yang besar. Baginda Rasulullah saw bersabda, “Jika ada padaku emas sebesar gunung itu maka keinginan ku ialah dalam masa 3 hari bukanlah suatu tempoh yang mendjadi syarat. Ia telah disebutkan adalah semata2 kerana untuk menginfaqkan jumlah yang begitu banyak pasti akan mengambil masa. Walau bagaimanapun jika ada hutang dan tuan hutang itu tidak pada waktu tersebut maka masa kena diambil untuk melunaskannya kerana hutang wajib didahulukan daripada sedekah. Oleh itu sebahagian harta kena disimpan untuk beberapa tempoh untuk melunaskan hutang tersebut.

Kepentingan melunaskan hutang

Daripada hadis ini, dari satu segi dapat difahami galakan untuk bersedekah dengan banyak manakala dari segi yang lain dapat difahami kepentingan lebih besar lagi untuk melunaskan hutang. Kebiasaan yang khusus pada Nabi saw ialah Baginda saw tidak menyimpan sesuatu untuk esok. Sayydina Anas ra ialah khadim Baginda saw yang khusus dan setiap waktu beliau berkhidmat kepada nabi saw. Beliau berkata bahawa Baginda saw tidak Pernah menyimpan sesuatu untu besok.

 

Hadis 2 :- Fadilat Sedekah

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قََالَ

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْداً بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزّاً، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

Dari Abu Hurairah ra. yang berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Harta tidak akan berkurang kerana bersedekah. Allah swt pasti akan menambah kemuliaan seseorang yang suka memaafkan. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana Allah swt, melainkan dia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla.

Keterangan

3 perkara dibincang kan dalam hadis ini:-  

Walaupun pada zahirnya nampak berlaku kekurangan dalam harta dengan bersedekah namun pada hakikatnya harta tidak sedikit berkurangan dengan bersedekah. Bahkan gantiannya malah gantian yang terbaik pasti akan didapati di akhirat sebaimana yang dapat diketahui daripada ayat2 dan hadis2 yang banyak telah dibentangkan sehingga sekarang. Di dunia pun kebanyakan gantian kepada sedekah akan didapati juga sebagaimana yang telah dinyatakan pada ayat2 dalam al Quran yakni apa2 sahaja yang kamu infaqkan (di jalan Allah swt) maka Allah swt akan mengurniakan gantinya kepada kamu. Hadis nabi pun telah menyatakan bahawa setiap hari dua orang malaikat sentiasa berdoa agar Allah swt mengurniakan ganti kepada orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah swt dan memusnahkan harta orang yang tidak menginfaqkan hartanya.

Sayyidina Abu Kabshah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tiga perkara yang aku akan terangkan kepada kamu secara bersumpah dengan nama Allah swt dan selepas itu aku akan memberitahu kamu satu perkara secara khusus, hendaklah kamu mengingatinya. Tiga perkara yang aku bersumpah untuk terangkan ialah 1. Harta seseorang hamba tidak akan berkurangan dengan bersedekah. 2. Seseorang yang bersabar atas kezaliman yang dilakukan ke atasnya maka Allah swt akan menambahkan kemuliaannya kerana kesabarannya itu. 3. Sesiapa yang membuka pintu meminta-minta daripada makhluk maka Allah swt akan membuka pintu kepapaan untuknya. Selepas tiga perkara itu, aku memberitahu kamu satu perkara yang hendaklah kamu mengingatinya,

Di dunia ini ada empat jenis orang:-

  1. Orang yang dikurniakan dengan ilmu dan juga harta. (Disebabkan ilmunya itu) dia takut pada Allah swt dalam menguruskan hartanya (lalu dia tidak membelanjakan hartanya bertentangan dengan kehendak Allah swt bahkan) dia menghubungkan silaturrahim dangan harta itu, melakukan amalan dengan harta itu untuk mendapat keredaan Allah swt, dia menunaikan hak2 harta itu. Orang ini mendapat darjat paling tinggi.
  2. Orang yang tidak dikurniakan Allah swt dengan harta dan tidak juga dengan ilmu. Dia mempunyai niat yang benar. Dia bercita2 jika saya memiliki harta saya akan menggunakan harta itu (dalam amalan yang baik) sebagaimana si polan. Disebabkan niatnya yang baik itu Allah swt memberikannya ganjaran sebagaiamana orang pertama. Mereka berdua sama sahaja dari segi pahala.
  3. Orang ketiga ialah orang yang dikurniakan Allah swt dengan harta namun tidak dikurniakan ilmu. Dia telah membelanjakan hartanya sesuka hati (tidak mengira tempat, untuk hiburan, berpoya2 dan mengikut hawa nafsunya). Dia tidak takut kepada Allah swt dalam menggunakan hartanya dan tidak juga dia menggunakan hartanya untuk bersilaturrahim dan tidak juga dia membelanjakan hartanya mengikut yang haq. Pada hari kiamat orang ini akan berada pada kedudukan yang paling celaka.
  4. Orang keempat ialah orang yang Allah swt tidak dikurniakan kepadanya harta dan tidak juga ilmu. Dia bercita2 sekiranya saya ada harta maka saya akan membelanjakan harta saya sebagaimana si polan (orang ketiga). Lantaran itu dia akan mendapat dosa sebagaimana dosa niat orang ketiga dan pada hari kiamat dia dan orang ketiga akan dikenakan azab yang sama.

Bersedekah untuk mendapatkan rezeki 

Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa hendaklah kamu bersedekah untuk mendapatkan rezeki dan turunkanlah rezeki kamu dengan perantaraan sedekah. Dan juga dalam sebuah hadis yang lain dinyatakan bahawa dengan bersedekah harta akan bertambah.

Sayyidina Abd ur-Rahman bin Auf ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda “Aku bersumpah atas tiga perkara dengan nama Allah swt yang nyawaku ada dalam genggaman-Nya, 1. Harta tidak akan berkurangan dengan bersedekah. Lantaran itu perbanyakkanlah sedekah 2. Mana2 hamba Allah swt yang dizalimi dan dia memaafkan maka pada hari kiamat nanti Allah swt menambah kemuliaannya. 3. Sesiapa yang membuka pintu meminta-minta daripada makhluk maka Allah swt akan membuka pintu kefaqiran untuknya.

Sayyidina Abu Salamah ra. menukilkan sabdaan Nabi saw. “Harta tidak akan berkurangan dengan bersedekah. Lantaran itu, hendaklah kamu selalu bersedekah. Maksud zahir daripada kenyataan harta tidak akan berkurangan ialah Allah swt akan mendatangkan ganti kepada harta yang telah disedekahkan itu dengan segera.

 

 


Dalil serta keterangan Fadilat sedekah dan Kelebihan infaq dijalan Allah swt.

Insya Allah, semoga Allah swt memberi kita taufiq dan hidayah untuk kita amalkan dan sampaikan.


 

*Sumber Rujukan:-

  1. Fadilat SedekahSyaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariya Kandahlawi rah.
  2. https://www.mutiarahadits.com
  3. https://quran.com/
*Disunting oleh:-

Asrul M

santai niaga