Posted on

Bayan fikir iman dan amal Maulana Sa’ad, Nizamuddin.

bayan fikir iman dan amal

Bayan fikir iman dan amal Maulana Sa’ad

Hadraji Maulana Sa’ad Sahb Barakatuh – Dakwah dan tabligh :-
Bayan fikir iman dan amal, Subuh, Nizamuddin, 11 Mac 2017.

Orang yang taat seluruh perintah ALLAH, maka ia dipanggil soleh. Tidak dipanggil pembantu agama ALLAH.
jangan fikir untuk islah org lain. Jangan nak jadi muslih.
yang islah kan manusia ialah ALLAH bukan kita.
Jika fikir nak islah orang lain. Sekiranya mereka TIDAK islah, kita akan kecewa. Dan bila mereka ter islah maka kita dalam keadaan bahaya, kerana bisa datang sifat bangga dalam diri (ujub).
Kerja/usaha Agama adalah muslih. ALLAH akan jadikan asbab Usaha Agama, manusia akan terislah.
Ayat intan surullah ha yan surkum. Nusrah ALLAH adalah di khusus kan kepada mereka yang Bantu Agama/Islam dan bukan bantu orang Islam. Kerana orang kafir pun ada yang bantu org Islam seperti ketika org Islam ditimpa musibah dan malapetaka Banjir, gempa, dll..

وعن مالك قال : قال ابن عمر : الأمة الذي يعلم الناس دينهم.
قال الأعمش ، [ عن الحكم ] عن يحيى بن الجزار ، عن أبي العبيدين أنه جاء إلى عبد الله فقال : من نسأل إذا لم نسألك ؟ فكأن ابن مسعود رق له ، فقال : أخبرني عن الأمة فقال : الذي يعلم الناس الخير
– seorang yang mengajar kebajikan yakni Agama kepada orang lain, walaupun dia hanya 1 org, dia seorang boleh dipanggil sebagai ummat. Sebagai mana Nabi Ibrahim A.S. diberi gelar sebagai ummat

(إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ)
[Quran Surat An-Nahl 120]

Bayan fikir iman dan amal – Nusrah ALLAH swt

Kelebihan keramahan ialah khas pada individu saja tapi kelebihan nusrah ALLAH adalah menyeluruh untuk seluruh ummat. Untuk mendapatkan nusrah ALLAH kita mesti lah bersatu dalam 1 kalimah, 1 fikir, 1 usaha,1 hati.

Kenapa ummat hari tidak istiqamah dalam mengamalkan Agama meraka? Amal Agama pun ikut keadaan kerana kita tidak menda’wahkan Agama kita. Sahabah jadi orang yang kuat istiqamah dalam berpegang kepada Amal Agamanya kerana meraka sentiasa mendakwahkan Agama.
kisah Abdullah bin Huzafah R.A. ketika buat da’wah ke raja Roma dan Abdullah bin Huzafah R.A. TIDAK terkesan dengan ancaman maut dan tawaran dunia, dia tetap berpegang teguh dengan Agama Islam.

Amalkan Agama jangan terkesan dengan suasana, adat kebiasaan, kanun, undang2 kerajaan dan sebagainya..

Bayan fikir iman dan amal – Mujahadah

Mujahadah ialah usaha dan amalan yang dilakukan ber tetapan dengan sunnah Baginda Nabi SAW.. sekiranya dakwah, ibadah, adat mengikut Sunnah maka ia akan jadi mujahadah dan ALLAH janji akan beri hidayah untuk orang yang buat dgn mujahadah.
Sekiranya dilakukan tidak mengikut Sunnah Baginda Nabi SAW maka usaha dan amal perbuatan kita itu hanya jadi masyakkah (akan jadi susah payah saja) tidak akan jadi mujahadah dan tidak juga jadi ibadah.

Kita hendaklah berenang melawan arus, arus itu ialah amalan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat secara umum yang kebanyakan bertentangan dengan perintah ALLAH Ta’ala dan Sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Firman ALLAH Ta’ala : Kalau kamu mengikut kebanyakan orang, niscaya mereka akan menyesatkan kamu.
(وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ)
[Qur’an Surat Al-An’am 116]

Para Nabi A.S  tidak terkesan dengan jumlah orang yang ramai nak ikut atau tidak ikut. Mereka lihat apa yang ALLAH mahu (perintah ALLAH) bagi mereka.

Orang-orang kafir musyrikin Makkah melihat Baginda Nabi SAW sering mencium hajarul aswad. Lalu mereka mengenakan Syarat pada Baginda Nabi SAW jikalau hendak mencium hajaratul Aswad, maka nabi diperintah hendak lah memberi penghormatan kepada berhala-hala mereka dahulu. Terlintas sedikit dalam hati nabi untuk melakukannya dengan niat hanya pada zahir saja dan tidak tunduk daripada hati supaya mudah utk cium hajarulasawad. tetapi ALLAH tegur nabi sebagaimana ALLAH nyatakan dlm al Qur’an.

(وَلَوْلَا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا * إِذًا لَأَذَقْنَاكَ ضِعْفَ الْحَيَاةِ وَضِعْفَ الْمَمَاتِ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا)
[Qur’an Surat Al-Isra’ 74 – 75]

Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.
Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.

Bayan fikir iman dan amal – Dakwah cara nabi dan sahabat

Dakwah sebenarnya ialah dakwah cara nabi dan sahabat Dalam cara mereka ada mujahadah susah payah bertungkus lumus dan korban gunakan masa, diri dan harta. dgn mujahadah dan korban, ada janji Hidayah dari ALLAH Ta’ala.

Mujahadah ialah sifat manusia tidak ada pada alat alat media yang ada sekarang.  Sekiranya kita Menggunakan alat2 ini maka hilanglah mujahadah. Sedangkan dengan mujahadah akan datangnya bantuan ghaibiah ALLAH Ta’ala. Contoh Surat Baginda Nabi SAW yang dihantar melalui satu jemaah sahabat ke raja Persia. Maka raja Persia telah koyak surat tersebut. Nabi SAW bersabda sebenarnya dia telah koyak kerajaannya sendiri.

Nusrah ghaibiah datang bila kita kumpulkan da’wah dan ibadah.

Bantuan  ALLAH akan bersama dengan org Islam apabila org Islam jalankan kerja dakwah.
Zaman maulana Ilyas, ALLAH telah hentikan bus dengan dakwah yang dibuat ke penumpang bus. Sedangkan driver bus tidak bersedia utk berhenti.

Daie ialah “thalib” dia yang mencari ummat dan ummat ialah “mathlub” yang di cari oleh daie.

Bayan fikir iman dan amal – Hijrah

Hijrah yang paling tinggi ialah hijrah “batthah” iaitu hijrah dan tinggal bersama Baginda Nabi SAW..hijrah “badiah” ialah hijrah dengan datang ke Madinah memeluk Islam dan balik ke  kampung masing-masing. Dan jika ada takaza akan diberitahu dan mereka akan datang ke Madinah /Markaz untuk tunaikan takaza. Baginda Nabi SAW bertanya ke hadrat wasilah r.a. adakah dia akan hijrah “battah” atau hijrah “badiah”?
Hendaklah kita keluar di jalan ALLAH dengan harta kita sendiri.

Baginda Nabi SAW bersabda jikalau aku boleh jadikan khalil selain daripada ALLAH swt maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai Khalil ku. Walaupun Baginda Nabi SAW begitu sekali akrab dengan Abu Bakar r.a. tetapi ketika hijrah, unta yang disiapkan dan ingin dihadiahkan kepada Baginda Nabi, oleh Hadrat Abu Bakar r.a. tapi Baginda Nabi SAW bersabda aku akan bayar harga unta itu, kerana ini utk hijrah mesti menggunakan Harta dan diri sendiri. sekiranya tidak Guna Harta dan diri sendiri maka pengorbanan tidak akan sempurna.

Zaman sahabah r.hum meraka  mengamalkan Agama  secara langsung praktik maka kesannya sangat luar biasa .

Maulana Illyas berkata kita kena latih melihat semua orang Islam walaupun seorang pendosa dengan pandangan takzim (mulia). kerana iman nya. orang Islam lebih mulia daripada Ka’bah.

Petrol da’wah ialah kesabaran. bahan bakarnya petrol untuk menyampaikannya ke tempat yang hendak dituju.

Orang yang binasa ialah orang yang berkata kepada pendosa: binasa kamu. kerana dia telah memutuskan harapan orang yang melakukan dosa itu utk mendapat Rahmat ALLAH.
kisah orang melakukan dosa membunuh 99 org berjumpa dgn 1 org abid.

Bayan fikir iman dan amal – Keluar di jalan ALLAH swt

Bergerak keluar di jalan ALLAH ialah perintah ALLAH swt. Bergerak pergi jumpa orang itu lah cara Baginda Nabi SAW dan sahabah r.hum.

Berwuduk dengan miswak tidak boleh di ganti dengan benda2 yang lain, sikat gigi dll. Begitu juga utk sebarkan Agama mesti gunakan da’wah cara Baginda Nabi SAW dan sahabah r.hum tidak Boleh diganti dengan cara yang lain.

Jikalau kita gunakan alat2 org batil utk sebarkan Agama. Agama tidak tersebar bahkan kebatilan akan tersebar.

Orang kafir tidak akan halang orang Islam utk buat ibadah. Yang dihalangi oleh mereka ialah dakwah yang dibuat oleh orang Islam pada bila bila masa pun.

Kita gunakan speaker untuk suara muazin pun manusia tidak datang ke masjid, inikan pula mengunakan suara daripada alat media yang dicipta oleh orang kafir.

Bayan fikir iaman dan amal – Istiqomah

Belajar Iman mesti di buat sepanjang masa (berterusan). Dalam hukum Agama sebagai contoh Sholat apabila kita sudah mengetahui cara dan kafiat Sholat maka kita dah selesai daripada menuntut ilmu berkaitan dengan Sholat tersebut. Begitu juga perintah ALLAH yang lain..

1 kesalahan yang terBesar dari kita hari ini ialah kita kata bahawa kita perlu usaha atas asbab dan berharap kepada ALLAH. Sedangkan telah menjadi fitrah manusia bahawa apa yang meraka usahakan maka yakin pada benda yang di usaha kan itu akan datang dalam hati.

Manusia bergantung harap kpd atas apa yang meraka usahakan.
kita perlu usahakan sehingga yakin kita hanya kepada ALLAH sahaja bukan pada benda-benda asbab yang kita usahakan.

Wa illa kita sama dengan orang musyrik zaman nabi saw. Mereka pun berkeyakinan sama macam kita hari ini. Sebagaimana kisah tentang seorang musyrik yang datang untuk mengubati Baginda Nabi SAW dan berkata aku berusaha mengubati kamu dan ALLAH lah yang akan sembuhkan kamu.

Datangnya pertolongan ALLAH Ta’ala ke para sahabah r.hu. bukan kerana ia nya sahabah. Bahkan Iman dan Amal yang sempurna .

Sesiapa yang benar2 bertakwa maka dia lah orang yang paling alim.

Sesiapa yang ada sifat istighna استغناء maka ALLAH akan kaya kan dia.


Edited by:

Asrul M

References:-

i) BookThe Teachings of Islam (Faza’il-e-amal) Hardcover – January 1, 1993. by Maulana Muhammad Zakariyya (Author)

 

 

 

Bayan Fikir Iman dan amal Oleh Maulana Sa’ad di Nizamuddin, India pada 11 mac 2017.