Posted on

6 Sifat Unggul Sahabat Rasulullah S.A.W

6 Sifat Unggul para Sahabat Rasulullah saw

6 Sifat Unggul Sahabat Rasulullah S.A.W

6 Sifat Unggul Para Sahabat Rasulullah SAW

Enam Perkara > 6 sifat Unggul :

1. Hakikat Kalimah Toyyibah

“Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”

2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’

3. Hakikat Ilmu & Zikir

4. Hakikat Iqram Muslimin

5. Hakikat Ikhlas Niat

6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah


1. Hakikat Kalimah Toyyibah

“Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”- 6 sifat

Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah 1)Iman & 2)kalimah Amal:

  1. Kalimah Iman adalah Laailahailallah.

Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah swt

Maksud dan tujuannya :

Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan memasukan kebesaran

Allah kedalam hati kita.

Kelebihan atau Keutamaannya :

Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah

maka akan lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala

bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda :

“man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”

Maksudnya :

Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah laailahailallah wajib

masuk syurga.

Cara untuk mendapatkan nya :

  • Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangannya.
  • Memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
  • Da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman didalam diri kita serta didalam diri saudara kita diseluruh alam.
  1. Kalimah Amal iaitu : Muhammadarasulullah.

Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah swt.

Maksud dan tujuannya:

Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini,

cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.

Kelebihan atau Keutamaannya :

Sabda Rasulullah SAW :

“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”

Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan

barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.

Sabda Rasulullah SAW :

“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”

Maksudnya :

Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad

(kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid.

Cara untuk mendapatkannya :

  • Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
  • Menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri dijalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
  • Da’wahkan amal ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Selalu berdo’a agar Allh swt tanamkan Hakikat Amal didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’ – 6 sifat

Solat,Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta)

Khusyu’ Maksudnya : Kosentrasi

Khudu’ Maksudnya : Tertib

Tertib dibagi tiga :

  1. Waktu, iaitu solat diawal Waktu
  2. Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid
  3. Cara dan kaedah, iaitu solat dengan cara berjamaah.

Maksud dan tujuaannya :

  • Sifat-sifat didalam Solat kita bawa kedalam kehidupan kita sehari-hari.
  • Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di luar Solat pun kita hendaklahmenutup aurat.
  • Didalam Solat kita menundukan pandangan, maka diluar Solat pun kita hendaklahmenundukan pandangan.
  • Didalam Solat kita mengucapkan salam, maka diluar Solat juga hendaklah kitamengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.

Kelebihan atau Keutamaannya :

Sabda Rasulullah saw :

-Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari

Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan

mendapatkan 2 kebebasan :

Terbebas dari siksa kubur

Terbebas dari sifat munafik

-Barang siapa yang menjaga Solat nya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :

Akan diberi Keberkatan rezeki

diselamatkan dari siksa kubur

diberi catatan Amalan dari tangan kanan

meniti titian sirat pantas seperti kilat

masuk syurga tanpa hisab

Cara untuk mendapatkannya :

  • Hendaklah Solat diawal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid).
  • Solat di sof yang paling depan.
  • da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
  • berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’ didalam diri kita serta dalam diri saudara kita diseluruh alam.

Hakikat Ilmu & Zikir – 6 sifat

i)Ilmu, Maksudnya : Pengetahuan

Maksud dan tujuannya :

  • Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt dan yang mana Larangan Nya.
  • kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram.
  • kita juga dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.

Kelebihan atau keutamaanya :

  • Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 1000 orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah swt sehingga ia kembali.
  • Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga.

Cara untuk mendapatkannya :

  • Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
  • Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, tok kiyai, ustaz mursyid, Guru-guru
  • Agama dan sebagainya.
  • Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku Fadail Amal dll.
  • Hendaklah kita dakwahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam.
  • selalu berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.

ii)Zikir Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.

Maksud dan tujuannya :

Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah swt dalam setiap saat dan keadaan.

Kelebihan atau keutamaanya :

  • Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah swt.
  • Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi Allah swt.
  • Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan
  • masuk syurga dengan tersenyum-senyum.

Cara untuk mendaapatkannya :

  • Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan, atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .
  • Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar. Zikir boleh diamalkan seperti berikut;
    Dzikir 300 x pagi & 300 x petang
  • 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah swt.
    100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim) Tanda cinta kita kepada diri kita.
  • Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

Hakikat Iqram Muslimin – 6 sifat

Maksudnya : Memuliakan sesama muslim.

Maksud dan tujuan :

Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan.

Kelebihan atau keutamaannya :

  • Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan menutupi aibnya didunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi ia selalu menolong sesama muslim.
  • Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan memberi 73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan didunia ini manakala 72 lagi diberikan di akhirat nanti.

Cara untuk mendapatkannya :

  • Hendaklah memuliakan orang tua kita, alim-ulama, tok kiyai & guru agama.
  • menghormati orang yang lebih tua dari pada kita.
  • Menghargai orang yang sebaya dengan kita.
  • Menyayangi orang yang lebih muda dari pada kita.
  • Selalu dakwahkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Hendaklah selalu berdo’a agar Allah swt tanamkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

Hakikat Ikhlas Niat – 6 sifat

Maksudnya : Niat yang ikhlas.

Maksud dan tujuanya :

Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata karena Allah swt.

Kelebihan atau keutamaanya :

  • Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas karena Allah swt, maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
  • Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja.

Cara untuk mendapatkannya :

  • Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
  • Selalu da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

Hakikat Khuruj Fiisabiilillah – 6 sifat

Maksudnya : Keluar dijalan Allah swt.

Maksud dan tujuannya :

Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke

seluruh alam.

Kelebihan atau keutamaannya :

Rasulullah saw bersabda :

“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”

Maksudnya : Sepagi sepetang keluar dijalan Allah swt lebih baik daripada mendapatkan dunia

beserta isinya.

“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”

Maksudnya : Sesaat dijalan Allah swt lebih baik daripada 50 kali haji.

  • Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah swt akan menjadi perisai (pelindung) daripada asap api neraka.
  • Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang yang keluar dijalan Allah swt.
  • Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang keluar dijalan Allah swt.
  • Semua makhluk baik didaratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada Allah swt untuk orang yang keluar dijalan Allah swt.
  • Sesaat fikir Agama Allah swt lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.
  • Satu perkataan dakwah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.

Cara untuk mendapatkannya :

  • Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah swt.
  • Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar dijalan Allah swt :

i). Seumur hidup 4 bulan.

ii). Setahun 40 hari.

iii). Setiap bulan 3 hari.

  • Hendaklah hidupkan musyawarah harian
  • Menghidupkan jaulah (gash atau ziarah) 1 dan jaulah 2
  • Hendaklah Menghidupkan ta’lim rumah dan ta’lim Masjid
  • Bagi masa 2 setengah jam
  • Hendaklah hadir pada malam markas
  • Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan
  • Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang

-INSYA ALLAH-

Saya berazam untuk mengamalkannya .

Bagaimana dengan tuan-tuan semua ???!

Disunting oleh:-

Asrul M

Nota rujukan:-

i)  Mudzakarah Usaha Nabi

ii) Book – FAZA’IL-E-A’MAAL – Stories of Sahabah Hardcover – 1997. by Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kaandhlawi (Author), Abdul Rashid Arshad(Translator)

 

iii) BookThe Teachings of Islam (Faza’il-e-amal) Hardcover – January 1, 1993. by Maulana Muhammad Zakariyya (Author)